Adam! Marahkan kau jika kukatakan, “Andainya Hawa terpesong, maka Adam patut tanggung!” Mengapa begitu Adam? Orang kata, “Jika anak jahat emak bapa tak pandai didik. Jika murid bodoh, guru tak tahu mengajar!” Adam kau selalu kata, “Hawa memang degil. Tak mahu dengar kata. Tak mudah makan nasihat, Kepala batu.” Pada hematku yg dhaif ini Adam,seharusnya kau tanya dirimu, “Apakah didikanmu padaku seperti didikan Nabi SAW terhadap isteri-isteri baginda? Adakah layananmu sama seperti psikologi baginda terhadap mereka? Adakah akhlak kaummu boleh menjadi ikutan kaumku?
Adam! Sebenarnya, kau imam dan aku makmum. Aku pengikutmu dan kau ketuaku. Jika kau benar, maka baiklah aku. Jika kau lalai, aku juga lalai. Kau punyai kelebihan akal, aku pula kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku! Akalku satu nafsuku beribu. Oleh itu Adam! Pimpinlah aku dari kelalaian. Aku sering tergelincir krn dorongan nafsuku dan kuncu-kuncunya. Bimbinglah aku menghayati kalimah suci ALLAH. Perdengarkan padaku kalimah Tuhanmu agar tenang hidupku. Hembuskan roh jihad ke dlm hatiku agar aku menjadi mujahidah, kekasih ALLAH.
Adam! Andainya aku masih lalai krn sikapmu sendiri. Segan menuruti langkah para sahabat. Masih gentar mencegah mungkar. Maka, tunggu dan lihat, saat kehancuran dunia ini apabila kaumku yg memerintah.Kau akan malu Adam! Malu pada dirimu sendiri! Labih teruk lagi, engkau malu dan bersalah pada Tuhanmu yg kau Agongkan.
No comments:
Post a Comment